Wednesday, February 29, 2012

Lukisan "Diri Saya" Syahir Syahmi


Nama : Muhammad Shahir Syahmi Bin Setopa
Umur : 4 Tahun
Tema : Diri Saya





Blessed are they who see beautiful things in humble places where other people see nothing - Camille Pissarro

(^_^)

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

PAPN Chiku telah membuka tirai aktiviti bulanan bagi bulan Februari dengan mengadakan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat. Dengan itu, mari kita lihat gambar sekitar majlis tersebut.

















(^_^)

Pemeriksaan Kesihatan

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia.

 Satu pemeriksaan kesihatan telah diadakan pada bulan Januari lepas bertujuan untuk memeriksa kesihatan anak-anak Permata Chiku agar semuanya sihat dan bebas dari penyakit. Pada hari tersebut, 3 orang jururawat telah memeriksa dan memberi ubat seperti ubat cacing dan ubat selsema kepada anak-anak. 

Sememangnya kesihatan anak-anak Permata sangat dititikberatkan. Mari kita lihat gambar sekitar pemeriksaan kesihatan tersebut.







Bila adik-adik sihat, bolehlah datang ke PAPN dengan penuh ceria dan semangat kan?


~Setiap Anak Permata Negara~

Mesyuarat PIBP Kali Pertama Sesi 2012

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita berjumpa lagi!
Kali ini kami ingin berkongsi aktiviti bulanan PAPN iaitu Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa & Pendidik (PIBP) Kali Pertama Sesi 2012 yang telah diadakan pada bulan Januari lalu.
Antara agenda mesyuarat pada hari tersebut adalah lantikan baru Ahli Jawatankuasa PIBP bagi sesi 2012, sesi taklimat bagi ibu-bapa baharu dan lain-lain.
Mari kita lihat gambar sekitar mesyuarat tersebut.









Terima kasih atas kerjasama ibu-bapa yang hadir ke mesyuarat tersebut. 
 (^_^)



Lawatan Jururawat Pergigian

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia! 

Pada bulan Januari lalu, satu lawatan dan pemeriksaan gigi telah diadakan di PAPN Chiku.
Pada hari tersebut, jururawat telah menunjukkan cara-cara memberus gigi kepada anak-anak PERMATA Chiku di samping pemeriksaan dan rawatan gigi. Majlis juga diserikan dengan kehadiran ibu-bapa. Jom kita lihat gambar-gambar sekitar lawatan tersebut.



















~Setiap Anak Permata Negara~

Tuesday, February 28, 2012

Permulaan 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!

Lama sungguh kami tidak meng'update' blog ini.
Rasanya sudah bersawang disini. Mungkin telah terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru, namun sebagai permulaan entri tahun baru, kami ingin mengucapkan 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Semoga tahun ini akan bertambah baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Oleh yang demikian, kami akan berusaha untuk upload gambar aktiviti yang telah dijalankan dan sedang dijalankan di PAPN Chiku tercinta ini.

Oh, ya! Kami warga PAPN Chiku ingin mengalu-alukan kemasukan baharu anak Permata Chiku bagi sesi 2012.

SELAMAT DATANG!


Jumpa di entri akan datang! See ya!

^_^


 

Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Chiku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting