Sunday, March 4, 2012

Cepat Sembuh Syamimi!


Assalammualaikum & Salam Sejahtera!

Pada 2 Mac yang lepas, salah seorang anak PERMATA Chiku iaitu Raja Nurain Syamimi (4 Tahun) telah dimasukkan ke dalam wad Hospital Gua Musang disebabkan penyakit lelah.

Kami mendoakan agar Syamimi cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah!

Kami rindu kamu!







 

Mesyuarat PIBP Kali Ke-2


Assalammualaikum & Salam Sejahtera!

Pada 29 Februari lepas, Mesyuarat PIBP kali ke 2 telah diadakan bagi membincangkan aktiviti untuk bulan Mac ini. 

Antara aktiviti yang telah dibincangkan dan ditetapkan untuk bulan 3 adalah

  • Mesyuarat Projek Kebun Mini - 14 Mac 2012
  • Sambutan & Jamuan Hari Lahir Anak - 22 Mac 2012
  • Penilaian Perkembangan Anak 1-2 Tahun - 25 Mac 2012
  • Penilaian Perkembangan Anak 3-4 Tahun - 26 Mac 2012

 Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar nanti!

Mari kita lihat gambar sepanjang mesyuarat tersebut!









Apa yang penting? KERJASAMA!

(^_^)

Saturday, March 3, 2012

Nature Walk : Kambing


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Hari ini kami ingin berkongsi aktiviti yang sering kami buat semasa Nature Walk.
Bersiar-siar di padang belakang PAPN Chiku memang menyeronokkan!
Selain dapat lihat tumbuh-tumbuhan, anak PERMATA boleh melihat pelbagai haiwan peliharaan seperti kambing, lembu dan sebagainya.

Jom kita lihat aktiviti Nature Walk melihat kambing!





















Seronok kan?

(^_^)

 


 

Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Chiku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting